TAJUK : KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA BAHAGIA
PENSYARAH: PUAN FADZILAH ABD RAHMAN
AHLI KUMPULAN :
16DPR15F1023
DPR2B
16DPR15F1046
DPR2B
16DPR15F1041
DPR2B
16DPR15F1991
DPR2B
KASIH SAYANG TERHADAP KELURGA
DEFINISI
Manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang tertentu. Sebagai sebuah
institusi sosial yang asas,
keluarga mempunyai pengaruh dalam mewujud dan
membentuk satu masyarakat
penyayang di mana ahli-ahli komuniti berhubung rapat
antara satu dengan lain secara
kualitatif, bersimpati antara satu sama lain serta peka dan
bertanggung jawab ke atas
kesejahteraan dan keperluan ahli-ahlinya. Untuk mewujudkan
suasana keluarga yang positif dan
kondusif, tunjukkan kasih sayang dan wujudkan
interaksi yang sihat di kalangan ahli keluarga.
ISI PERTAMA
Sebagai
suri teladan kepada anak-anak
- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga bahagia adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
- Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
- Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.
ISI KEDUA
Memberikan didikan agama dan moral
- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
.
ISI KETIGA
Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi.ng sihat di kalangan ahli keluarga
ISI KEEMPAT
Memberikan perhatian dan kasih sayang
Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit
ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan
taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang
semakin meningkat.
. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.
. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.
CARA-CARA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA
Pada pandangan saya, semua ibu bapa wajar melengkapkan diri
dengan ilmu mendidik anak-anak agar dapat membentuk sebuah keluarga bahagia.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam membentuk sebuah keluarga
bahagia.
Cara yang utama dalam membentuk sebuah keluarga bahagia
ialah dengan mengamalkan nilai sayang-menyayangi dalam keluarga. Sesungguhnya,
nilai sayangmenyayangi ini akan merapatkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu,
ibu bapa mesti menyayangi anak-anak sepenuh hati. Manakala anak-anak juga mesti
menyayangi ibu bapa mereka dengan sepenuh hati di samping mendengar segala
nasihat mereka.
Selain itu, dalam keluarga mesti ada sikap menghormati
antara ahli keluarga. Sikap hormat-menghormati ini akan dapat mengelakkan
konflik dalam keluarga. Oleh itu, anakanak mesti menghormati ibu bapa pada
setiap masa dengan tutur kata dan perbuatan yang balk. Anak yang lebih muda
pula wajar menghormati abang atau kakak yang lebih tua.
Kesihatan ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam
membentuk keluarga bahagia. Ibu bapa mesti memastikan kesihatan ahli keluarga
berada dalam keadaan yang baik. Aka terdapat ahli keluarga yang sakit, ibu bapa
mesti segera membawa mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Aspek
kebersihan dalam rumah dan persekitaran juga perlu diambil berat oleh ibu bapa
dan anak-anak.
Selain menyediakan keperluan asas, ibu bapa juga mesti
memberikan pelajaran kepada anak-anak. Pelajaran amat penting kepada anak-anak
kerana anak-anak yang berpelajaran tinggi akan mendapat pekerjaan yang baik.
Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak pendidikan agama dan moral bagi
membentuk sahsiah diri yang baik. Sesungguhnya, keluarga yang berpelajaran
tinggi dapat membantu pembangunan negara.
Keluarga yang bahagia akan dapat dibentuk jika keselamatan
anggota keluarga terjamin. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan keselamatan
anak-anak terjaga ketika berada di rumah mahupun di luar rumah. Keselamatan
harta benda keluarga juga perlu dijaga dengan balk. Kemalangan yang berlaku
bukan sahaja akan menyusahkan anak-anak tetapi juga turut menyusahkan ibu bapa.
Pembentukan keluarga
yang bahagia akan memberikan kesan positif kepada masyarakat dan negara. Pada
pendapat saya, dalam membentuk sebuah keluarga bahagia, ibu bapa dan anak-anak
mesti saling memahami dan bertanggungjawab. Pihak kerajaan juga boleh memainkan
peranan dalam membentuk keluarga bahagia dengan mengadakan Kempen Keluarga
Bahagia melalui media massa seperti stesen televisyen dan radio.
PENGAJARAN DAN KESAN DARIPADA TOPIC
Pengajaran
yang dapat diperoleh daripada topik ini ialah keluarga merupakan aspek yang
paling penting dalam sesebuah keluarga. Kita hendaklah memainkan peranan
penting untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Pengajaran yang
terdapat daripada topik ini ialah kita perlu mempunyai sikap kasih sayang
terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Akhirnya,setiap
manusia perlu mempunyai sikap tolak ansur untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Tanpa kerjasama setiap anggota keluarga impian untuk melahirkan keluarga
bahagia tidak akan dicapai.
RUJUKAN
- http://rahsiakeluargabahagia.blogspot.com/
- http://www.wom.my/keluarga/keluarga-bahagia-dunia-akhir
- www.jomria.com/.../langkah- membentuk-keluarga -ba
- www.keluargabahagia2u.blogspot.com/..
KESIMPULAN
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan bersama.
Tq. Info sgt berguna
ReplyDeletetq. banyak isi yang saya peroleh 😁
ReplyDeletethank you.sangat berguna
ReplyDelete